Rabu, 21 Disember 2011

BONUS OH BONUS

BONUS!

Wow! Sangat tak sabar untuk menerimanya.

Macam la banyak sangat. Huhu..

Aku dapat tak sampai RM500 pon sebab masih kenapotong EPF.

Tapi plan nak beli macam2.

The 1st one is Fareeda Scarf!

Hari tu masa Fareeda buat Crazy Sale, pagi2 lagi aku dah pergi.

Orang ramai betul.

Sedih jugak sebab tak dapat tudung yang aku nak.

Aku cuma dapat beli selendang Suraiya rainbow 3helai.

Dua untuk aku, 1 lagi kawan aku kirim.

1jam duduk dalam tu, tu je yang aku dapat.huhu

Minggu ni nak pergi lagi.

Baru masyuk la katakan!




My bufday ke-25

Alhamdulillah

14Disember2011- Genap usia ke-25tahun.

Tahun ni x de celebrate party dengan family memandangkan abe long baru saja meninggal.

So, celebrate dgn suami dan anak2.

Just dapat 1 slice Oreo Cheesecake.

Ok la tu kan.

Hurm... Dah masuk umo 25 tahun ni aku bersyukur sangat2 sebab dah di kurniakan 

2 orang anak yang hensem2...Hensem ker?

Aku ada seorang suami yang sangat2 meyanyangi dan selalu membahagiakan aku.

Walaupun hakikatnya, dia seorang yang BENGKENG!

Hihi...

Ni hadiah yang aku dapat sempena bufday yg ke-25





Selasa, 6 Disember 2011

Truly to Allah we belong, and truly to Allah shall we return.

AL-FATIHAH

5Dis, 3.40 ptg : Perginya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dan 4 org anak yang masih kecil.

Anak -anak beliau masing2 berusia 11thn, 8 thn, 4thn dan 2thn.

Beliau ialah biras aku.

Di kala usia baru mencecah 39tahun, abe long pergi meninggalkan kami.

OMG..Sungguh cepat.

Kami sekeluarga masih terkejut dengan berita ni.

Macam mimpi abe long dah tak ada.

Pada hari kejadian, abe long mengadu sakit dada.

Tapi, beliau pergi jugak mengawas exam SPM.

Dalam perjalanan balik, beliau sempat call en. hubby bagitau yang beliau sakit dada.

Beliau nak berhenti d tepi jalan.

En. hubby yang tengah bekerja, bergegas keluar dan pergi mencari abg iparnya.

Tapi, sebelum sampai di bulatan Cheras, ada seseorang menghubungi en, hubby dan mengatakan abe long terlibat dalam kemalangan berhadapan Plaza Pheonix.

Abe long di bawa ke HUKM.

Menurut doktor, beliau sudah meninggal sebelum terbabas tadi.

Memang cepat. 

Ajal maut di tanganTuhan.

Semoga Along dan Anak-anak redha dengan ketentuan-Nya.

Semoga arwah abe long di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Amin. Al-Fatihah