Selasa, 6 Disember 2011

Truly to Allah we belong, and truly to Allah shall we return.

AL-FATIHAH

5Dis, 3.40 ptg : Perginya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dan 4 org anak yang masih kecil.

Anak -anak beliau masing2 berusia 11thn, 8 thn, 4thn dan 2thn.

Beliau ialah biras aku.

Di kala usia baru mencecah 39tahun, abe long pergi meninggalkan kami.

OMG..Sungguh cepat.

Kami sekeluarga masih terkejut dengan berita ni.

Macam mimpi abe long dah tak ada.

Pada hari kejadian, abe long mengadu sakit dada.

Tapi, beliau pergi jugak mengawas exam SPM.

Dalam perjalanan balik, beliau sempat call en. hubby bagitau yang beliau sakit dada.

Beliau nak berhenti d tepi jalan.

En. hubby yang tengah bekerja, bergegas keluar dan pergi mencari abg iparnya.

Tapi, sebelum sampai di bulatan Cheras, ada seseorang menghubungi en, hubby dan mengatakan abe long terlibat dalam kemalangan berhadapan Plaza Pheonix.

Abe long di bawa ke HUKM.

Menurut doktor, beliau sudah meninggal sebelum terbabas tadi.

Memang cepat. 

Ajal maut di tanganTuhan.

Semoga Along dan Anak-anak redha dengan ketentuan-Nya.

Semoga arwah abe long di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Amin. Al-Fatihah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan