Rabu, 19 Oktober 2011

O. M. G

O. M. G



O. M. G



O. M. G



Hahaha,,,ape kena la dengan aku ni kan. Dok O. M. G je..

Hari nie dah masuk 40minggu 2 Hari...

Baby ni memang suka duduk dalam perut kot.

Rasa macam nak pegi serah diri kat Hospital je ha.

Sebab :

1. Mama, Ayah dan Abang dah tak sabar nak tengok baby

2. Atuk dah nak pegi Mekah 26hb nanti

3. Mama dah tak larat, jalan kejap pon dah semput

4.Sekarang cuti rehat pon dah kena tolak

5. Kalau baby kuar cepat, kita boleh duduk rumah sama2 lebih lama ckit sebab cuti bersalin mama dah tinggal 2bulan setengah :)

So......Baby cepat2 la kuar ye sayang :)

Hari ni mama nak banyak2 bejalan.

Mama nak pegi Jusco dan Econsave.

Jalan sorang2...Sebab ayah keje.

Mula2 memang ayah tak bagi, tapi mama cakap kat ayah supaya cepat bersalin.

Kot2 la nanti malam dah ada rasa sakit tu.

Kebetulan pulak kan hari ni gaji mama dah masuk

Niat kat hati cuma nak jalan2 cuci mata.

Tp....BOLEH KER???

:P

Kalau pegi keje, duit minyak + tol lebih kurang RM200

Skrg dah tak pegi keje....Hurm....

Ape ek nak buat dengan RM200 tuh

Yuhuuuuuuuuuuuuu


Rabu, 12 Oktober 2011

PRAISE BE TO ALLAH

12 OKTOBER 2011


Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama buat anak tercinta

 AHMAD NABIL WAFIQ

Semoga anak mama menjadi anak yang soleh,

berjaya, d murahkan rezeki, sentiasa d bwh rahmat-Nya.

Tahun ni mama dan ayah tak dapat nak sambut ulang tahun abang.

Sebab mama tengah menunggu masa untuk melahirkan adik. I'm sorry sayang.

Tahun depan kita sambut dengan adik sama2 ye.

Hopefully, apa yang mama dan ayah dah rancang untuk tahun depan tercapai.


Alhamdulillah, sepanjang satu tahun mama jaga abang, 

abang jarang sakit. Abang kuat. Mama bersyukur sangat sebab abang pon 

tak kisah kalau orang lain dukung. Tak suka menangis. Mungkin sebab ni jugak,

Allah bagi rezeki (adik) awal kepada abang.

Mama dan ayah akan tetap menyayangi abang walaupun ada adik nanti. 

InsyaAllah, mama dan ayah akan sentiasa berlaku adil

kepada abang dan adik.



I LOVE YOU SO MUCH SAYANG!












Isnin, 10 Oktober 2011

39minggu oredi!!

Lepas en.hubby pegi keje, abang pegi umah BS je
aku terus bukak fb...

Ade je yang tanye, "blum besalin lagi ke"
blum lagi la kalau pagi2 dah ngadap FB...huhu

Now, da masuk 39minggu...Baby oooo baby, bile awak nak kuar ni sayang?
*

**

***

*

*

Weekend tadi dah puas jalan... Ingat kot la cepat besalin.. Tak juga...

Pagi2 lagi dah pegi Giant > Cari brg2 neh


Untuk anak2. 4 untuk abang, 2 untuk adik. Settle bab pampers.
Abang punye stok pampers ni boleh la tahan 2bulan lebih kot.
Sempat la habis pantang. :P

Lepas pegi Giant, terus ke Jusco sebab aku teringin nak minum Air Asam Boi!
Nak minum yang dekat jusco punye jugak..
Alhamdulillah, dah tertunai.. Kalau tak meleleh la air liur baby nanti.. :)
Herm...kali ni pegi Jusco jus mkn roti kat Laboheme tu je..
JIMAT KAN???
Oh...tidak. Sebab dah plan nak g makan kat umah mama long. 
(jimat duit jugak kan)




Sebelum balik umah mama long, en. suami belikan ni 



Alhamdulillah :)


En. suami support untuk breastfeeding. Sebab sebelum ni dia macam tak yakin je dengan keinginan aku.
Breastfeeding kan boleh jimatkan duit. :P
Kalau tak, seminggu je lebih kurang rm50 untuk susu. Kan banyak tu. So, harap2 impian aku akan jadi kenyataan.

Hari2 aku akan bukak FB, tengok group KIM..Mmg seronok sangat bila tengok hasil EBM dorang.
Hopefully, aku berjaya! Amin...

Khamis, 6 Oktober 2011

BILA????

7 Oktober suda....

Sekarang ni tido malam pon dah tak berapa lena. Haih...baby oooo baby... Bila awak nak keluar ni? Mama tak sabar nak jumpa awak..
Mama dah prepare sume untuk awak..Xcited macam nak jumpa abang dulu. Ayah hari2 cium perut mama. Ayah pon xcited macam mama jugak. Untuk kali ni ayah akan amik cuti lebih ckit. Biar la gaji kena potong sekali pun.Duit boleh di cari.. Entah bila la Sijil AO ayah tu nak dapat. Dah 2 bulan lebih ayah tunggu. Mama lagi la tak sabar... Nanti kalau dah dapat sijil tuh, mama nak SHOPPING! :P
Itu la rezeki baby..Betul kata orang, bila bertambah anak..akan bertambah rezeki.. Alhamdulillah.





Kadang2 mama terasa jugak bila ada orang yang cakap, wow! expertnye ko! TERBABAS ek?




Hellllooooo....itu semua rezeki ok. Kalau dah di takdirkan jalan hidup aku macam tu, aku redha je. Anak tu kan membawa rezeki.. Bukannye aku ngan laki aku tak mampu nak bagi anak2 aku makan, minum..Beli baju sume. Kami pon tak pernah mintak duit orang lah!Yang paling penting.. AnaK2 lah yang akan mendoakan kita bila kita takde nanti!Aku bersyukur sangat2 atas rezeki dari-Nya. 
Tapi aku lagi kesian bila tengok orang yang tak di kurniakan anak.Duit banyak..Tapi tak de anak. Contoh paling terdekat adalah kakak aku sendiri.. Sangat2 kesian bila tengok kehidupan dia suami isteri. Hidup mewah, tapi takde keceriaan. Sunyi sepi!
*
**
***
****
*****
****
***
**
*
BERPANTANG

Mama harap sgt2 segala urusan mama dari bersalin, berpantang dan seterusnya di permudahkan oleh-Nya.
Alhamdulillah, mama takde morning sickness n etc.. Kadang2 ada jugak la terasa pening2. Tp masih under control. Masa mengandungkan abang dulu pon macam tu jugak. Alhamdulillah sakit bersalin pon x lama. Just about 40min dalam LB. Hari tuh, mama bersalin amik epidural, kali ni mama nak try without epidural pulak. Semoga mama berjaya. Ayah akan sentiasa jadi saksi dalam LB nanti. Tq so much my lovely hubby! 

Sepanjang berpantang nanti, mama dan ayah kena uruskan sendiri. Without Atuk! Mama tak dapat bayangkan macam mana keadaan nanti. Kalau dulu, pagi2 lagi atuk dah sediakan breakfast untuk mama. Then sediakan air panas untuk mama n abang mandi. Atuk mandikan abang, pkaikan abang baju..Sapukan minyak n pakaikan barut untuk mama. Sampai kan stokin mama pon atuk yang pakaikan. 
Bila atuk tengok mama sakit,penat, atuk akan jaga abang.. Dari siang smpai ke malam. Mama tau atuk tak cukup tido masa jaga mama dalam pantang. Abang pulak suka bangun tengah2 malam. Bila abang tak tido, atuk pon tak tido. Atuk la yang tepuk2 n peluk abang sampai abang tido. Tq so much mak!
Untuk tahun ni atuk terpilih untuk menunaikan haji. Alhamdulillah. Hajat atuk dah tercapai. Mama redha walaupun atuk akan pergi ke mekah time mama nak bersalin. Hopefully, atuk akan selamat pergi dan balik.
 Nanti atuk dah balik, atuk datang rumah kita tengok kita ye sayang...

MOOD : RAYA HAJI TAHUN NI DI KL LA NAMPAKNYA.....BEST KE?????




Isnin, 3 Oktober 2011

p.e.n.a.t

Hari pertama cuti bersalin 90hari. 


Lepas je en.suami pg keje..aktiviti aku mengemas rumah pun bermula. Ok. Start dari ruang tamu. Kemas barang2 mainan AHMAD NABIL WAFIQ.  Settle!
Masuk dalam bilik pulak. 1st alihkan rak tuala, telekung.. Lepas tu pulak alihkan almari solek. Oooo mak ai...beratnya! Berpeluh jugak lah...
DONE!
Lepas siap alihkan meja solek, kuarkan baby cot, masukkan pulak katil single. Waaa...dah luas tempat tido. Malam nanti bolehla wafiq bergolek sepuas2nya.Huh...penat sampai nak pitam...Selagi tak siap sapu, mop hati takkan puas...Sambil2 kemas rumah, sempat jugak la aku on9...
Sambil tu sempat jugak lah steril botol2 susu anak2...Just rebus dgn air panas je..Aku dah order Avent Microwave Steriliser tuh..tapi x dapat lagi. Taik pe lah...skang anak sorang boleh la rebus atas dapur gas je. Harap2 cepat la dapat steriliser tuh. Jimat masa aku.

Bila dah buat keje, makan pon x. Aku just minum milo ais. Sejak preggy nih, memang wajib minum air yg ada ais! Even tengah malam n awal pagi sekali pon. Ais tetap kena ada.Orang kata, kalau asik minum ais time preggy, nanti baby besar. Aghhhh,,, Lantak la. Yg penting aku puas.

Pukul 1tgh hari... En.suami pon balik bawak makanan...

HUBBY : ASSALAMUALAIKUM...MAMA JOM MAKAN

AKU : W`SALAM..OK2 JAP

HUBBY : SUDAH2 LA NGADAP FACEBOOK TUH..JOM LA MAKAN

AKU : ABANG MASUK LA TENGOK BILIK BILIK JAP

En. suami pon masuk dan bukak lampu

HUBBY : YA ALLAH MAMA..KENAPA BUAT SEMUA NI? KAN ABANG DAH CAKAP NANTI ABANG BUAT. KANG JADI APA2 KAT BABY MCM MANA?NI YANG ABANG NK MARAH SANGAT NI

AKU : DAH SERABUT TENGOK. DUA MINGGU LEPAS DAH CAKAP BANYAK KALI SUH MASUKKAN KATIL SINGLE..TAPI X BUAT JUGAK.DAH2 JOM MAKAN...

Erm....Tu la orang laki, bila d suruh nanti. Bila kita sendiri yang buat tau pulak nak marah.Lepas abis makan en.suami pesan suh rehat je. jangan buat mcm2...Tapi, dalam otak dah plan, nak kemas semua baju2 preggy masuk dalam kotak. Kuarkan balik t-shirt2 n jeans yang dah aku simpan dulu. Ok siap.Jadual untuk esok, sebelum check-up sempat lagi untuk iron baju2 keje en.suami,,Appointment esok jam 11tgh hari di PPUKM.

Esok masuk 38minggu. Macam mana la keadaan anak aku tu kan. Berapa beratnye...Haih..x sabar pulak!

MOOD : SEDIH BILA DENGAR SUARA WAFIQ MENANGIS. PENGASUH DEPAN UMAH JE...