Hari pertama cuti bersalin 90hari.
Lepas je en.suami pg keje..aktiviti aku mengemas rumah pun bermula. Ok. Start dari ruang tamu. Kemas barang2 mainan AHMAD NABIL WAFIQ. Settle!
Masuk dalam bilik pulak. 1st alihkan rak tuala, telekung.. Lepas tu pulak alihkan almari solek. Oooo mak ai...beratnya! Berpeluh jugak lah...
DONE!
Lepas siap alihkan meja solek, kuarkan baby cot, masukkan pulak katil single. Waaa...dah luas tempat tido. Malam nanti bolehla wafiq bergolek sepuas2nya.Huh...penat sampai nak pitam...Selagi tak siap sapu, mop hati takkan puas...Sambil2 kemas rumah, sempat jugak la aku on9...
Sambil tu sempat jugak lah steril botol2 susu anak2...Just rebus dgn air panas je..Aku dah order Avent Microwave Steriliser tuh..tapi x dapat lagi. Taik pe lah...skang anak sorang boleh la rebus atas dapur gas je. Harap2 cepat la dapat steriliser tuh. Jimat masa aku.
Bila dah buat keje, makan pon x. Aku just minum milo ais. Sejak preggy nih, memang wajib minum air yg ada ais! Even tengah malam n awal pagi sekali pon. Ais tetap kena ada.Orang kata, kalau asik minum ais time preggy, nanti baby besar. Aghhhh,,, Lantak la. Yg penting aku puas.
Pukul 1tgh hari... En.suami pon balik bawak makanan...
HUBBY : ASSALAMUALAIKUM...MAMA JOM MAKAN
AKU : W`SALAM..OK2 JAP
HUBBY : SUDAH2 LA NGADAP FACEBOOK TUH..JOM LA MAKAN
AKU : ABANG MASUK LA TENGOK BILIK BILIK JAP
En. suami pon masuk dan bukak lampu
HUBBY : YA ALLAH MAMA..KENAPA BUAT SEMUA NI? KAN ABANG DAH CAKAP NANTI ABANG BUAT. KANG JADI APA2 KAT BABY MCM MANA?NI YANG ABANG NK MARAH SANGAT NI
AKU : DAH SERABUT TENGOK. DUA MINGGU LEPAS DAH CAKAP BANYAK KALI SUH MASUKKAN KATIL SINGLE..TAPI X BUAT JUGAK.DAH2 JOM MAKAN...
Erm....Tu la orang laki, bila d suruh nanti. Bila kita sendiri yang buat tau pulak nak marah.Lepas abis makan en.suami pesan suh rehat je. jangan buat mcm2...Tapi, dalam otak dah plan, nak kemas semua baju2 preggy masuk dalam kotak. Kuarkan balik t-shirt2 n jeans yang dah aku simpan dulu. Ok siap.Jadual untuk esok, sebelum check-up sempat lagi untuk iron baju2 keje en.suami,,Appointment esok jam 11tgh hari di PPUKM.
Esok masuk 38minggu. Macam mana la keadaan anak aku tu kan. Berapa beratnye...Haih..x sabar pulak!
MOOD : SEDIH BILA DENGAR SUARA WAFIQ MENANGIS. PENGASUH DEPAN UMAH JE...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan