Selasa, 27 Mac 2012

Baby Ohhhh Baby

Alhamdulillah

Usia baby dah masuk 5bulan.

Semakin sihat anak mama.

Semakin berat pulak tu...



Berat Lahir : 3.33kg
Berat Sebulan : 5kg
Berat 2bulan : 6kg
Berat 3bulan : 6.4kg
Berat 4bulan : 7.3kg

Montel kan. 

Mak pengasuh pulak pangiil baby..Adik gemuk, adik gendut..

Hihi..Sian adik. Tak pe la..Janji sihat kan dik.

Tengok. Bersemangat betul adik isap jari dia tu.

Genggam tangan sekuatnya ha.

 Ok. Ni stok susu untuk baby. Mama n ayah terpaksa beli bungkus sebab peti ais dah tak muat untuk masukkan lauk.

Peti ais cuma muat untuk susu baby.

Semoga baby membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh! Amin...

Mama sayang sangat anak2 mama....

Khamis, 8 Mac 2012

handphone


Blackberry Torch 9860 dan Curve 3G 9300


Orang dah lama pakai BB, aku baru la terhegeh2 nak pakai.

BB ni beli masa Krismas hari tu.

25.12.2011.

Torch untuk encik somi, Curve untuk diri sendiri.

Kenapa aku punya yang murah??

Ok. 

Anak dah dua orang. 

So, kena beli yang bajet punya je la.

Encik somi memang dah berkenan dengan c Torch.

Tak boleh nak buat apa la.

Aku jugak yang kena mengalah.

Adeh!

Lepas dua minggu pakai BB nih, encik somi dah 'terbekenan' dengan c 

HTC DESIRE S



So, aku pon letgo la c Curve tu..

Memang seronok la bila aa orang hadiahkan henpon pree kan.

Tapi yang lecehnya, kalau nak guna internet

kena langgan pakej BIS.

Henpon Smartphone mcm blackberry nih ada lesen.

Kena aktifkan dulu, baru boleh guna internet.

So, bila update status tu..ada la tulis via BB.heheh

Aku pon boleh jimatkan kredit tepon ha sebenarnya.

Sebab ada BBM n WhatsApp.

Ha..kan senang tu.

Boleh share2 gambar.

Jimat banyakla.

Jus perlu bayar bil internet Rm38/bulan..



Anak2 Mama.....

Assalamualaikum

Dah lama tak tulis kat blog nih.

Dah masuk bulan ke tiga tahun 2012. 

Alhamdulillah, masih di beri peluang untuk meneruskan kehidupan.

Sejak beberapa hari lepas, badan tak berapa sihat. 

Batuk dan selsema.

Mula dengan Wafiq, demam dan batuk yang teruk.

Sampai kena refer HUKM.

Alhamdulillah, lepas makan ubatan hospital, Wafiq sihat.

Nasib baik Wafiq tak kena admit.

Lepas Wafiq sihat, baby Raziq pulak yang ambil alih demam n batuk.

Sangat kasihan bila bayi yang baru berusia 4bulan mengalami batuk yang teruk.

Nak tidur pon susah.

Sedih aku tengok keadaan baby.

Ni la dugaan membesarkan anak.

Kena korbankan segala2nya untuk anak2.

Aku sangat suka bila tengok muka anak2 masa diorang tido.

Tenang je hati ni.

Rasa sangat2 bahagia.

Semoga anak2 mama membesar dengan sihat, sentiasa membahagiakan mama dan ayah,

menjadi anak2 yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.


Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
... Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak.