Assalamualaikum
Dah lama tak tulis kat blog nih.
Dah masuk bulan ke tiga tahun 2012.
Alhamdulillah, masih di beri peluang untuk meneruskan kehidupan.
Sejak beberapa hari lepas, badan tak berapa sihat.
Batuk dan selsema.
Mula dengan Wafiq, demam dan batuk yang teruk.
Sampai kena refer HUKM.
Alhamdulillah, lepas makan ubatan hospital, Wafiq sihat.
Nasib baik Wafiq tak kena admit.
Lepas Wafiq sihat, baby Raziq pulak yang ambil alih demam n batuk.
Sangat kasihan bila bayi yang baru berusia 4bulan mengalami batuk yang teruk.
Nak tidur pon susah.
Sedih aku tengok keadaan baby.
Ni la dugaan membesarkan anak.
Kena korbankan segala2nya untuk anak2.
Aku sangat suka bila tengok muka anak2 masa diorang tido.
Tenang je hati ni.
Rasa sangat2 bahagia.
Semoga anak2 mama membesar dengan sihat, sentiasa membahagiakan mama dan ayah,
menjadi anak2 yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.
Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
... Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak.
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
... Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan