Isnin, 28 November 2011

SHOPPING ONLINE

Hari ni masuk 34 hariaku berpantang,

Duduk rumah ni memangbosan kan. Nasib baik jugak la rumah aku ni ada sambungan internet.

Kalau tak, mati kutu aku!

Asal bangun pagi je, bukak lappy. Bukak Facebook.

Sambil2 tuh, cuci mata jugak.

Haih! Kalau dah nama pompuan, takkan lari dari SHOPPING!

Tak dapat keluar jalan2 pon tak apa. Janji dapat membeli.

Hihi...

Bukan apa, aku memang tak senang duduk kalau tengok dalam acc bank tu ada duit. Haha

Maklum la.. Masih bercuti. Tak perlu keluarkan duit untuk isi minyak, tol dan makan.

Jimat banyak kan.

Ok. Ni barang2 yang aku sempat shopping online.


Jingle Jungle Cooler Bag Set





Bottle Drying Rack


Fareeda Scarf


Tupperware


YHAB Storage Milk


Clarks



Ada lagi satu. Tapi tak tau macam mana rupa. Kain sulam chiffon.

Yang tu aku kirim kat bakal adik ipar yang nk pegi Vietnam.

Banyak jugak untuk bulan nih.

So, kena la srop shopping untuk bulan ni.

Sambung bulan depan pulak.

En. Hubby dah bersuara " nanti saya block internet banking baru tau"

Hahahahahahahaha...Puiiiiiiiihhh

Khamis, 24 November 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA

Sukan Sea dah lama abis.

Tapi, aku baru sempat nak buat entry pasal kemenangan Team Malaysia.

Congrat guys!

Sangat bangga menjadi rakyat Malaysia..




Game yang sangat2 mendebarkan..

Bersemangat betul aku ni kan. Aku memang suka tengok bola sepak ni ha.

Tapi sejak dah jadi isteri orang nih, dah tak masuk stadium.

Dah tak dapat tengok live.

Dolu2 aku ni pegi jugak la tengok bola kat stadium..

Dah tentu lah aku jadi penyokong tegar pasukan negeri kelahiran.

PERAK.

Lepas kahwin ni, tengok bola kat rumah je la..

Dengan suami dan anak2 tersayang.

Ok. Cukup dulu la. Nak pos gambar player kesukaan aku pulak.

Nak tau sape.. Jom tengok kat bawah

*

**

***

****

*****

******

*******

********

*********

**********

***********






Mohd Muslim Ahmad


Hihi...I like!

Rabu, 16 November 2011

Wafiq di HUKM

Sambung cite entry yang lepas.

Dalam perjalanan ayah n Wafiq nak balik rumah, Wafiq muntah lagi.

Masuk kali ke-6.

Ayah buat keputusan untuk terus ke HUKM.

Sampai je bahagian kecemasan, terus di ambil tindakan.

Tak macam Hosp. Serdang tuh!

Lepas ni memang tak pegi dah la Hosp. Serdang. Lembap!




 Kesian anak mama.

Time nih Doc bagi ubat tido untuk wat CT SCAN.

Result Xray = OK

Bukan jugak sebab keracunan makanan.

Maybe effect jatuh dari baby cot tuh Wafiq muntah2.

Kul7 agi Wafiq minum susu.

Tapi, muntah balik.

Jam 8pagi Wafiq d pindahkan masuk wad pemerhatian.

Kul 10 lebih minum lagi.

Alhamdulillah, dah tak muntah.

So, Wafiq da boleh discharge.

ALHAMDULILLAH.

Selasa, 15 November 2011

kesian Wafiq

Sekarang jam dah pukul 2.13 pagi

Tapi aku masih tak boleh tidur.

Bukak lappy, update status kat fb..Tapi tujuan 

sebenar nye nak google Klinik mana yang bukak 24jam.

Tapi tak jumpa. Yang ada area BBB.

Kenapa cari klinik?

Sebab Wafiq.

Dari kul 11 tadi dia dok muntah.

Terkejut la aku n en.hubby..

Wafiq tak pernah jadi macam tuh.

Lepas tu dalam 11.20 dia muntah lagi sekali.

En.hubby kata nak bawak pegi klinik.

Ok. Cepat pegi syg. Klinik Kita tutup kul 12. Sempat lagi kot.

Tak lama tuh, en.hubby kol bagitahu klinik dah tutup.

Dia nak pegi tengok Poliklinik dekat dengan The Mines pulak.

Tutup jugak.

Terus ke Hospital Serdang.

Ramai giler katanya. Tapi, demi anak dia tunggu jugak.

Dekat sejam, no tak di panggil jugak.

En.hubby kuar pegi cari klinik area Kajang.

Tak ada yang bukak.

WTF!

Time kita emergency ni tak jumpa satu pon.

En.hubby terpaksa berpatah balik ke Hospital.

Sekarang dah pukul 2.22pagi.

Belum panggil lagi.

En.hubby wat keputusan nak balik rumah.

Esok baru pegi klinik.

Harap2 Wafiq x de pape..

Jangan wat mama susah hati sayang.....

I love u!

kes

Isnin, 14 November 2011

Susu Raziq










Seronok kan bila tengok stok2 ebm tuh....


Agak2 yang mana 1 utk baby Raziq???

***





***






***





***




***




***




***




***




Tadaaaaa nie dia stok utk baby Raziq



Alhamdulillah

Walaupun tak banyak macam gambar kat atas tuh, tapi aku bersyukur sangat dapat kumpul <> 50oz dalam 

masa 1 minggu nih. Ini untuk baby Raziq.

Semoga anak mama sihat.

Bila tengok stok2 EBM yang aku simpan ni, rasa sayu je hati bila teringat masa Wafiq kecik dulu.

Wafiq minum susu mama tak sampai 1 bulan.

Walaupun Wafiq minum susu Anmum, tapi kandungan dalam susu tuh tak boleh menandingi kehebatan

susu ibu.Memang salah aku jugak, sebab tak ada usaha nak bagi Wafiq minum susu aku waktu tuh.

Balik je dari Hospital, dah suruh Ayah pegi beli susu.

Yang si Ayah pulak, terus beli 1 tin besar ha.

Asal je Wafiq nangis, pegi bancuh susu.

Mungkin sebab tu jugak Wafiq tak closed dengan aku.

ANAK AYAH!

***
Back to the title..

Sebelum besalin hari tuh ari2 aku akan masuk group KUMPULAN IBU MENYUSUKAN(KIM)

di Facebook. Memang berbaloi2 la join group tuh.

Harapan aku agar dapat menuyusukan Raziq selama 2 tahun. Amin

Rabu, 9 November 2011

RINDU

Dah 15 hari mak berada diTanah Suci..Alhamdulillah, mak masih lagi dalam keadaan sihat walafiat.


Raya Haji tahun ni paling suram..


Tak ada hidangan spt nasi impit, kuah kacang, rendang, pulut, kuih2 dsb...


Tak ada mood hari raya..


Bahkan tak ada baju raya!


MOOD : BERPANTANG!


Tapi, aku bersyukur..Setakat ni (dah 15hari berpantang) tak ada apa2 masalah lagi.


Terima kasih banyak2 buat suami tercinta sebab segala2nya dia uruskan.


Menjaga isteri dan anak2 dengan penuh kesabaran..


Terasa diri ini bertuah sebab memiliki seorang suami yang penuh rasa tanggungjawab.


(Walaupun PANAS BARAN) :(


Kesian en.hubby kan...banyak keje kena buat..kemas rumah, basuh baju, sidai baju, masak,mandikan anak2, buat susu............


Sampaikan Wafiq pernah minum SUSU ANMUM LACTA gara2 c ayah terlampau mengantuk..Langsung tak perasan yang dia dah bancuh susu mama untuk anak teruna nya itu...


Ape pon...thank a lot ya sayang!


MOOD : terlalu rindukan mak!







A.K.H.I.R.N.Y.A

ALHAMDULILLAH

25 OKTOBER 2011 @ 9.00 MALAM 
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


AHMAD NAJMI RAZIQ

Alhamdulillah, syukur sangat2 segala urusan di permudahkan-Nya.

Dari pagi aku dah rasa sakit sikit2.

Tak nak bagitau en.hubby lagi sebab takut dia risau.

Lagipon en.hubby keje halfday.

Petang nak pegi umah abang long kat Beranang sebab abg long nak wat kenduri doa selamat

sebelum antar mak ke Komplek Tabung Haji di Kelana Jaya.


Pukul 3petang, gerak ke Kelana Jaya. Mak, abang n kakak suma risaukan keadaan

aku. Mak dari awal lagi tak bagi aku pegi Kelana Jaya.

Tapi, aku degil...hihik..

Pukul 5.30, contraction makin kerap. Aku pergi solat Asar dulu..

Lepas abis solat,contraction datang setiap 5min.

Aku bagitau mak, mak suruh pegi Hospital.  

OK!

Pukul 6 petang, gerak dari TH..Dengan hujan lebat...

Jalan dah tentu jammed!!

SABAR

Sampai hospital dah pukul 7.15pm...

Mamalong n Ayahlong Wafiq dah sampai.

Terus buat CTG

Habis buat CTG, kena seluk la...

6cm already! 

Lepas tuh kena pecahkan air ketuban la...Then terus tolak ke LR

Sakitnye, Tuhan aje yg tau!

Itu la nikmat bersalin...

Setengah jam dalam LR, selamat la kuar seorang baby boy..

3.33kg..

Terima Kasih Ya Allah...