Rabu, 21 Disember 2011

BONUS OH BONUS

BONUS!

Wow! Sangat tak sabar untuk menerimanya.

Macam la banyak sangat. Huhu..

Aku dapat tak sampai RM500 pon sebab masih kenapotong EPF.

Tapi plan nak beli macam2.

The 1st one is Fareeda Scarf!

Hari tu masa Fareeda buat Crazy Sale, pagi2 lagi aku dah pergi.

Orang ramai betul.

Sedih jugak sebab tak dapat tudung yang aku nak.

Aku cuma dapat beli selendang Suraiya rainbow 3helai.

Dua untuk aku, 1 lagi kawan aku kirim.

1jam duduk dalam tu, tu je yang aku dapat.huhu

Minggu ni nak pergi lagi.

Baru masyuk la katakan!




My bufday ke-25

Alhamdulillah

14Disember2011- Genap usia ke-25tahun.

Tahun ni x de celebrate party dengan family memandangkan abe long baru saja meninggal.

So, celebrate dgn suami dan anak2.

Just dapat 1 slice Oreo Cheesecake.

Ok la tu kan.

Hurm... Dah masuk umo 25 tahun ni aku bersyukur sangat2 sebab dah di kurniakan 

2 orang anak yang hensem2...Hensem ker?

Aku ada seorang suami yang sangat2 meyanyangi dan selalu membahagiakan aku.

Walaupun hakikatnya, dia seorang yang BENGKENG!

Hihi...

Ni hadiah yang aku dapat sempena bufday yg ke-25





Selasa, 6 Disember 2011

Truly to Allah we belong, and truly to Allah shall we return.

AL-FATIHAH

5Dis, 3.40 ptg : Perginya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dan 4 org anak yang masih kecil.

Anak -anak beliau masing2 berusia 11thn, 8 thn, 4thn dan 2thn.

Beliau ialah biras aku.

Di kala usia baru mencecah 39tahun, abe long pergi meninggalkan kami.

OMG..Sungguh cepat.

Kami sekeluarga masih terkejut dengan berita ni.

Macam mimpi abe long dah tak ada.

Pada hari kejadian, abe long mengadu sakit dada.

Tapi, beliau pergi jugak mengawas exam SPM.

Dalam perjalanan balik, beliau sempat call en. hubby bagitau yang beliau sakit dada.

Beliau nak berhenti d tepi jalan.

En. hubby yang tengah bekerja, bergegas keluar dan pergi mencari abg iparnya.

Tapi, sebelum sampai di bulatan Cheras, ada seseorang menghubungi en, hubby dan mengatakan abe long terlibat dalam kemalangan berhadapan Plaza Pheonix.

Abe long di bawa ke HUKM.

Menurut doktor, beliau sudah meninggal sebelum terbabas tadi.

Memang cepat. 

Ajal maut di tanganTuhan.

Semoga Along dan Anak-anak redha dengan ketentuan-Nya.

Semoga arwah abe long di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Amin. Al-Fatihah




Isnin, 28 November 2011

SHOPPING ONLINE

Hari ni masuk 34 hariaku berpantang,

Duduk rumah ni memangbosan kan. Nasib baik jugak la rumah aku ni ada sambungan internet.

Kalau tak, mati kutu aku!

Asal bangun pagi je, bukak lappy. Bukak Facebook.

Sambil2 tuh, cuci mata jugak.

Haih! Kalau dah nama pompuan, takkan lari dari SHOPPING!

Tak dapat keluar jalan2 pon tak apa. Janji dapat membeli.

Hihi...

Bukan apa, aku memang tak senang duduk kalau tengok dalam acc bank tu ada duit. Haha

Maklum la.. Masih bercuti. Tak perlu keluarkan duit untuk isi minyak, tol dan makan.

Jimat banyak kan.

Ok. Ni barang2 yang aku sempat shopping online.


Jingle Jungle Cooler Bag Set





Bottle Drying Rack


Fareeda Scarf


Tupperware


YHAB Storage Milk


Clarks



Ada lagi satu. Tapi tak tau macam mana rupa. Kain sulam chiffon.

Yang tu aku kirim kat bakal adik ipar yang nk pegi Vietnam.

Banyak jugak untuk bulan nih.

So, kena la srop shopping untuk bulan ni.

Sambung bulan depan pulak.

En. Hubby dah bersuara " nanti saya block internet banking baru tau"

Hahahahahahahaha...Puiiiiiiiihhh

Khamis, 24 November 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA

Sukan Sea dah lama abis.

Tapi, aku baru sempat nak buat entry pasal kemenangan Team Malaysia.

Congrat guys!

Sangat bangga menjadi rakyat Malaysia..




Game yang sangat2 mendebarkan..

Bersemangat betul aku ni kan. Aku memang suka tengok bola sepak ni ha.

Tapi sejak dah jadi isteri orang nih, dah tak masuk stadium.

Dah tak dapat tengok live.

Dolu2 aku ni pegi jugak la tengok bola kat stadium..

Dah tentu lah aku jadi penyokong tegar pasukan negeri kelahiran.

PERAK.

Lepas kahwin ni, tengok bola kat rumah je la..

Dengan suami dan anak2 tersayang.

Ok. Cukup dulu la. Nak pos gambar player kesukaan aku pulak.

Nak tau sape.. Jom tengok kat bawah

*

**

***

****

*****

******

*******

********

*********

**********

***********






Mohd Muslim Ahmad


Hihi...I like!

Rabu, 16 November 2011

Wafiq di HUKM

Sambung cite entry yang lepas.

Dalam perjalanan ayah n Wafiq nak balik rumah, Wafiq muntah lagi.

Masuk kali ke-6.

Ayah buat keputusan untuk terus ke HUKM.

Sampai je bahagian kecemasan, terus di ambil tindakan.

Tak macam Hosp. Serdang tuh!

Lepas ni memang tak pegi dah la Hosp. Serdang. Lembap!




 Kesian anak mama.

Time nih Doc bagi ubat tido untuk wat CT SCAN.

Result Xray = OK

Bukan jugak sebab keracunan makanan.

Maybe effect jatuh dari baby cot tuh Wafiq muntah2.

Kul7 agi Wafiq minum susu.

Tapi, muntah balik.

Jam 8pagi Wafiq d pindahkan masuk wad pemerhatian.

Kul 10 lebih minum lagi.

Alhamdulillah, dah tak muntah.

So, Wafiq da boleh discharge.

ALHAMDULILLAH.

Selasa, 15 November 2011

kesian Wafiq

Sekarang jam dah pukul 2.13 pagi

Tapi aku masih tak boleh tidur.

Bukak lappy, update status kat fb..Tapi tujuan 

sebenar nye nak google Klinik mana yang bukak 24jam.

Tapi tak jumpa. Yang ada area BBB.

Kenapa cari klinik?

Sebab Wafiq.

Dari kul 11 tadi dia dok muntah.

Terkejut la aku n en.hubby..

Wafiq tak pernah jadi macam tuh.

Lepas tu dalam 11.20 dia muntah lagi sekali.

En.hubby kata nak bawak pegi klinik.

Ok. Cepat pegi syg. Klinik Kita tutup kul 12. Sempat lagi kot.

Tak lama tuh, en.hubby kol bagitahu klinik dah tutup.

Dia nak pegi tengok Poliklinik dekat dengan The Mines pulak.

Tutup jugak.

Terus ke Hospital Serdang.

Ramai giler katanya. Tapi, demi anak dia tunggu jugak.

Dekat sejam, no tak di panggil jugak.

En.hubby kuar pegi cari klinik area Kajang.

Tak ada yang bukak.

WTF!

Time kita emergency ni tak jumpa satu pon.

En.hubby terpaksa berpatah balik ke Hospital.

Sekarang dah pukul 2.22pagi.

Belum panggil lagi.

En.hubby wat keputusan nak balik rumah.

Esok baru pegi klinik.

Harap2 Wafiq x de pape..

Jangan wat mama susah hati sayang.....

I love u!